top of page

PROGRAM KAMI

photo_2021-06-06_19-41-04_edited.jpg
Persidangan DMJ

Persidangan Dewan Muda Johor adalah platform yang disediakan untuk ahli-ahli Dewan Muda Johor berbahas mengenai sesuatu usul, cadangan atau polisi.

photo6188486556126390958_edited.jpg
DMJ Internship

Latihan Praktikal Dewan Muda Johor atau DMJ INTERNSHIP adalah satu program dimana seramai 12 orang ahli Dewan Muda Johor yang terpilih akan diletakkan dibawa penjagaan setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK)

IMG_2017_edited.jpg
Bicara DMJ

BICARA DEWAN MUDA JOHOR adalah satu program bual bicara yang diadakan bagi membincangkan mengenai isu-isu semasa sama ada daripada aspek ekonomi, politik atau sosial.

PROGRAM LAIN

Program Kesihatan Jantung Percuma
 
Sesi Temuduga
Dewan Muda Johor

 
Program Pek Orang Muda kepada Orang Muda #POMPOM
Sesi Libat Urus DMJ
Majlis Khatam
Al-Quran & Tazkirah Ramadhan
photo_2021-06-06_19-41-04_edited.jpg

PERSIDANGAN DEWAN MUDA JOHOR

Persidangan Dewan Muda Johor adalah platform yang disediakan untuk ahli-ahli Dewan Muda Johor berbahas mengenai sesuatu usul, cadangan atau polisi.

Ahli Dewan Muda Johor ini akan dibahagikan kepada lima (5) buah Jawatankuasa yang membayangi beberapa struktur portfolio Jawatankuasa Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian di peringkat Kerajaan Persekutuan Antara Jawatankuasanya adalah seperti berikut:

a.    JK Pembangunan Masyarakat, Kebudayaan & Alam Sekitar;
b.    JK Sosioekonomi;
c.    JK Keselamatan, Undang-Undang, Integriti & Antarabangsa;
d.    JK Pendidikan, Teknologi & Kerjaya;
e.    JK Prasarana, Sukan & Keagamaan

Persidangan DMJ akan diadakan sebanyak dua (2) hingga tiga (3) kali setiap tahun atau mengikut bilangan sidang DUN Johor yang sebenar.

Setiap kali DMJ bersidang, Jawatankuasa-Jawatankuasa akan membahaskan usul berkaitan dengan cakupan jawatankuasa mereka, sama ada bersetuju atau menolak sesuatu dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Pendirian akhir akan diterjemahkan melalui satu resolusi yang akan diserahkan kepada pihak Kerajaan Negeri Johor.

Persidangan

DMJ INTERNSHIP

Latihan Praktikal Dewan Muda Johor atau DMJ INTERNSHIP adalah satu program dimana seramai 12 orang ahli Dewan Muda Johor yang terpilih akan diletakkan dibawa penjagaan setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang terdiri daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan 10 orang Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) untuk tempoh satu (1) bulan bagi menjalani latihan dan memberikan pendedahan mengenai bidang tugas dibawah kerajaan negeri Johor.

 

Program ini telah masuk tahun kedua pada 2021.

photo6188486556126390958_edited.jpg
Internship
IMG_2017_edited.jpg

BICARA DMJ

BICARA DEWAN MUDA JOHOR adalah satu program bual bicara yang diadakan bagi membincangkan mengenai isu-isu semasa sama ada daripada aspek ekonomi, politik atau sosial.

Sebanyak 10 siri Bicara DMJ akan bersiaran sepanjang tahun 2021. Setiap siri akan menampilkan moderator dan barisan panelis hebat daripada pelbagai latar belakang. Ia akan dipancarkan melalui platform digital iaitu Facebook, Youtube Channel dan Spotify “Dewan Muda Johor” dengan kerjasama Institut Dato’ Onn dan rakan-rakan strategik yang lain.

Bicara
bottom of page