top of page
photo_2021-06-06_19-41-40.jpg

MENCARI

WAKIL
ANAK
MUDA

BAKAT TERBAIK BANGSA JOHOR

PERMOHONAN AHLI DMJ
 

Dewan Muda Johor adalah platform terbuka dan bebas yang mengumpulkan anak muda Johor daripada pelbagai latar belakang bagi membincang dan membahaskan usul berkaitan dasar dan polisi Kerajaan Negeri Johor.

 

Ia adalah medium demokratik yang bersifat tersusun dalam menyalurkan kritikan, saranan serta ikhtiar semak dan imbang dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Johor dan Malaysia.

KERJASAMA

IDO logo transparent.png
JATA-Johor.jpeg
DMJ-logos-2022-01.png
DMJ-logos-2022-04.png

PROGRAM UTAMA DMJ

Persidangan Dewan Muda Johor
DMJ Internship Bersama Exco dan ADUN Johor
Bicara Dewan Muda Johor
DMJ Turun Padang
DMJ Awayday

KENAPA SERTAI DMJ?

A.C.T.I.O.N

ADVOCATE

Membentuk kemahiran advokasi, membawa isu-isu masyarakat ke peringkat atasan. Usul-usul dan cadangan Dewan Muda Johor akan disampaikan secara terus kepada Kerajaan Negeri Johor.

COMMUNICATION

Kemahiran secara penulisan digunakan untuk membawa isu di media arus perdana selain menggunakan kemahiran orator di pentas ‘Speakers Corner’, ataupun persidangan Dewan Muda Johor.

TRAINING

Menyediakan latihan-latihan yang bersesuaian kepada ahli Dewan Muda Johor. Antaranya latihan berbahas ala parlimen, latihan penulisan artikel/ kenyataan media, latihan membuat polisi kerajaan dan pelbagai lagi.

INFORMED

Membentuk kemahiran bertindak berdasarkan fakta dan maklumat. Ahli Dewan Muda Johor akan sentiasa dilengkapi dengan maklumat-maklumat terkini untuk disampaikan kepada masyarakat sekeliling atau rakan sebaya mereka.

ORGANISE

Membentuk gerakan yang tersusun bersama-sama pelbagai agensi kerajaan, NGO, Pertubuhan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang dalam merencana program dan gerak kerja.

NETWORK

Dapat memperluaskan rangkaian kenalan dan sokongan daripada pelbagai latar belakang. Ahli Dewan Muda Johor juga berpeluang untuk bekerjasama secara terus dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor,  EXCO Kerajaan Negeri Johor dan agensi kerajaan negeri.

KRITERIA UNTUK MENYERTAI

  • Warganegara Malaysia;

  • Berusia 18 tahun sehingga 30 tahun ketika memohon;

  • Mempunyai kualiti kepimpinan & kebolehan berbahas;

  • Berpengetahuan luas dalam isu-isu semasa, ekonomi, setempat dan antarabangsa; dan

  • Aktif di sosial media

GARIS MASA PEMILIHAN AHLI DMJ SESI 2022

Sesi Pendaftaran
16 September 2021 -
7 Oktober 2021
Sesi Temuduga
23 & 24 Oktober 2021 ,
30 & 31 Oktober 2021
Pengumuman Ahli DMJ Yang Terpilih
27 Oktober 2021
Pra-Persidangan DMJ
20 November 2021

Permohonan akan ditutup pada 7 Oktober 2021.

REBUT PELUANG MENJADI AHLI DMJ

bottom of page