

APA ITU DMJ?
DMJ adalah platform terbuka dan bebas yang mengumpulkan anak muda Johor daripada pelbagai latar belakang bagi membincang & membahaskan usul berkaitan dasar dan polisi Kerajaan Negeri Johor.
Ia adalah medium demokratik yang bersifat tersusun dalam menyalurkan kritikan, saranan serta ikhtiar semak dan imbang dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Johor dan Malaysia.
PROGRAM UTAMA

Persidangan DMJ
Persidangan Dewan Muda Johor adalah platform yang disediakan untuk ahli-ahli Dewan Muda Johor berbahas mengenai sesuatu usul, cadangan atau polisi.

DMJ Internship
Latihan Praktikal Dewan Muda Johor atau DMJ INTERNSHIP adalah satu program dimana seramai 12 orang ahli Dewan Muda Johor yang terpilih akan diletakkan dibawa penjagaan setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK)

Bicara DMJ
BICARA DEWAN MUDA JOHOR adalah satu program bual bicara yang diadakan bagi membincangkan mengenai isu-isu semasa sama ada daripada aspek ekonomi, politik atau sosial.